Subscribe News Feed Subscribe Comments

About Me

My Photo
khairul ridhuan Mkr
kuala lumpur, kuala lumpur, Malaysia
just a man...like to make something different in my life..i'm a medical student at university of malaya and trying to pass in that hard course..huhuuu...what else ah???? hehehehe...
View my complete profile

100 makanan menjadi milik Malaysia secara rasmi

Ini dia daftar makanan yang dilabel "truly Malaysia" yang diperbarui pada Rabu 17 Jun 2009 :

1. Nasi lemak
2. Nasi ayam
3. Nasi Kunyit (pulut kuning)
4. Nasi Tumpang
5. Nasi Kerabu
6. Nasi Dagang
7. Nasi Himpit
8. Nasi Goreng Kampung
9. Nasi Ulam
10. Ketupat
11. Lemang
12. Pulut Kukus Periuk Kera
13. Mee Mamak
14. Laksa
15. Mee Kari
16. Char Kuay Teow Pulau Pinang
17. Laksa Johor
18. Mee Siam
19. Bubur Pedas Sarawak
20. Bubur As-Sura
21. Bubur Sum Sum
22. Bubur Kacang Hijau
23. Sagu Gula Melaka
24. Kuih Bingka Ubi
25. Rendang
26. Serunding
27. Ayam Percik
28. Manoh Pansoh
29. Masak Ayam Pedas
30. Gulai Tempoyak Ikan Patin
31. Ikan Bakar
32. Ikan Panggang Tanah Liat
33. Gulai Lemak Umbut
34. Gulai Lemak Cili Padi
35. Gulai Asam Rom
36. Kari Kepala Ikan
37. Kurma Daging/Ayam
38. Pajeri
39. Masak Ikan dan Pisang Dalam Buluh
40. Yong Tau Foo
41. Daging Dendeng
42. Ayam Panggang
43. Botok-Botok Ikan
44. Sambal Tumis
45. Chili Crab
46. Tek Tarik
47. Cendol
48. Air Batu Campur
49. Air Kelapa
50. Air Selasih,
51. Hinava/Umai
52. Pekasam
53. Tempoyak
54. Otak-otak
55. Sambal Belacan
56. Cencaluk
57. Sambal Gesek Ikan Bilis
58. Sate/Satay
59. Yee Sang
60. Sata
61. Telur Pindang
62. Kerabu Mangga Muda
63. Acar
64. Kuih Koci
66. Akok
67. Kuih Seri Muka
68. Kuih Cara
69. Kuing Bingka
70. Kuih Bakul
71. Kuih Bulan
72. Kuih Cincin
73. Kuih Bakar
74. Kuih Sepit
75. Apam Balik
76. Pisang Goreng
77. Keropok
78. Opok-opok
79. Karipap
80. Buah Melaka atau Ondeh-ondeh
81. Lempeng
82. bahulu
83. Dodol
84. Lempuk Durian
85. Wajik
86. Seri Kaya
87. Halwa
88. Agar-agar
89. Pulut Panggang
90. Tapai
91. Masalodeh
92. Putu Mayam
93. Maruku
94. Roti Jala
95. Roti Canai
96. Tosai
97. Penderam
98. Kuih Lopis
99. Laddu
100. Ubi Kayu

PNB Tinjau Kemungkinan Bina Pencakar Langit 100 Tingkat

KUALA LUMPUR, 14 Dis (Bernama) -- Permodalan Nasional Bhd (PNB) sedang meninjau kemungkinan membina bangunan setinggi 100 tingkat berdekatan Stadium Merdeka dan Stadium Negara di sini jika projek itu berdaya maju, kata ketua pegawai eksekutif dan presiden kumpulan Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

Bercakap selepas pengumuman dividen dan bonus bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) hari Isnin, beliau berkata lembaga pengarah PNB akan menyelidik semua kemungkinan sebelum membuat apa-apa keputusan.

"Kami harus mendapat persetujuan pengarah dahulu. Insya'allah, kami akan membuat pengumuman selanjutnya," katanya apabila ditanya mengenai laporan berita berkenaan cadangan PNB untuk membina pencakar langit di kawasan itu.

Laporan itu, yang memetik sumber, berkata kerja-kerja pembinaan dijangka bermula suku pertama tahun depan.

Ia berkata cadangan mengenai bangunan itu telah dihantar ke Kementerian Kewangan dan ia sedang diteliti.

Bangunan tersebut akan menandingi struktur tertinggi negara, Menara Berkembar Petronas setinggi 88 tingkat, yang disiapkan pada 1997 dengan kos AS1.2 bilion (RM4.05 bilion).

PNB bercadang untuk membangunkan kawasan seluas 72-hektar di sekeliling stadium-stadium tertua negara itu, kepada projek pembangunan pelbagai.

"Cadangan untuk membangunkan kawasan itu sedang berjalan, tetapi saya tidak kata yang saya mengesahkan angka-angka yang dilaporkan itu. Apa yang kami mahu lakukan ialah untuk merasionalkan apa-apa harta yang kami ada, pelaburan kami, untuk memastikan kami mempunyai merit," kata Hamad Kama Piah.

Pada akhir 2008, PNB dianggarkan mempunyai aset bernilai RM120 bilion di bawah pengurusannya, termasuk dana milikannya.

-- BERNAMA

FORT SUPAI



11 dicember 2009...hari yang paling menanti buat aku untuk meluangkan masa bersama-sama dengan kawanku...selepas sahaja kelas habis pukul 10.30 pagi..aku terus siapkan diri balik kerumah dengan menaiki motorku..pelbagai dugaan telah ku hadapi.. dengan jam yang sungguh teruk memeritkan aku untuk menstabilkan motorku...tapi apakan daya perkara buruk telah pun berlaku...nak tahu apa???huhuhuh...2 kereta aku langgar side mirror dia...getar dadaku bila sahaja hon dibunyikan tapi aku terus memecut mara ke depan...bukan teruk sangat pun...ter sentuh je...huhuhuhu..

macam biasa lah hari jumaat mempunyai special daripada hari-hari yang lain...khutbah yang disampaikan sungguh menyedihkan...khutbah mengenai krajaan selangor yang harus dihormati terutama sekali sultannya menjadi isu pada tengah hari tu..ya ah birthday sultan kan..mestilah jadikan hari tu hari yang terbaik untuk dia...sungguh kesian aku melihat pembaca khutbah ketika menyampaikan..inilah akibatnya apabila khutbah di seragamkan mengikut negeri...cuba bayangkan...setiap tempat mesti ade isunya tersendiri..pada ketika solat jumaat lah waktu yang paling sesuai untuk membincangkan isu yang perlu dibangkitkan seperti kemaksiatan dan lain-lain lagi...tapi ada saja teks khutbah yang dibaca itu membuatkan aku tidak bersetuju...contohnya macam keeratan sultan dengan rakyat ibarat aur dan tebing,..betulkah????peranan sultan bukan sahaja sebagai ketua islam dengan kertas sahaja..tetapi peranan sultan perlu diikuti seperti apa yang telah Saidina Omar R.A. telah lakukan keatas rakyatnya sehingga sanggup menyamar sebagai rakyat biasa semata-mata untuk mengetahui perihal rakyatnya...sultan beginilah yang kita mahu...bukan menggoyangkan kaki sambil menikmati kesenangan yang diberi....niat disini tidak pernah untuk menyatakan peranan sultan tidak diperlukan dan saya amat menyokong akan kewujudan sultan di negara kita...memanglah sultan tidak memegang sepenuhnya pemerintahan terhadap negara..tetapi dengan keupayaan yang demiliki perlulah dilakukan sebaik-baiknya supaya di akhirat kita tergolong antara orang-orang yang soleh...
.
hurmmm....berlebih pulak rasanya...padahal cerita percutian menjadi motif untuk tajuk ni...lebih kurang pukul 3 setengah aku bertolak dengan rakan-rakanku, cean, helmi, bakar, and syazli...kitorang menaiki kereta en. Jalil ayah helmi...macam perihal dan telatah berlaku sepanjang pejalanan...sampai ejekan ketika SAMER masih lagi diperkatakan...kerak, gila, macho ah...hahahahaha....sampai saja kuala linggi...kitorang terus mencari chalet...Alhamdulillah...kitorng dapat chalet yang paling best sekali...dah ah murah....RM 60 SAHAJA..memang mantap ah nenek ana..opsss...heheheh..pemiliknya....mana tak nya bagi satu rumah siap de ruang tamu, dapur, 2 bilik air, and satu bilik...puas gler lah ketika tu....lebih2 lagi time kitorg sampai betul2 matahari nak terbenam..ape lagi...bergambar lah keje kitorg....sugguh cantik akan ciptaan MU YA ALLAH...

apabila langit mula disinari bintang-bintang yang berkelipan...kitorng terus mencari restorn ikan bakar...Alhamdulillah kedai tu dekat je daripada chalet...lagipum tempat nya plak lagi special yang lebih dikenali org tempatan sebagai restoran terapung...memang mantap ah...harga pun murah jugak...boleh nak dikatakan lebih kurang RM12 sahaja seorng utk makan disitu..kitorang tempah ikan siakap masak tiga rasa, kangkung belacan, tomyam campur, dan otak2....memang kelas lah...tapi yang kurang nya dengan tempat ni delah layanannya sangat lambat...walaupun mintak nasi...amik 10 minit baru sampai...mungkin orang ramai sangat kot...be a positive thinking..heheheheheh....disamping itu..ditambah lagi dengan angin sepoi2 bahasa dari bayu darat....grrrrrrrr....menggigil...



selepas tu kitorang pun balik ke chalet...bajet nak buat camp fire...tak buat pun sebab malas...hahahah...boleh lak alasan tu...kitorng spent about an hour kat tepi pantai...dengar lagu..borak2...huhhh...layan...dengan deruan ombak memecah pantai...angin bayu darat yang begitu sejuk dan nyaman..disamping melihat bintang2 berkelipan dilangit....sugguh tenang dan nyaman memang sukar nak dapat kalau berada di kuala lumpur...


apabila mata ni mula terasa berat..kitorg pun balik chalet....ingatkan nak terus tido..boleh lagi...cerita pasal kenangan kat SAMAER or known as SEKOLAH AGAMA MENENGAH RAWANG....tergelak-gelak bila menceritakan hal peristiwa yang lama contohnya bip dikejut awal daripada sepatutnya untuk mengambil air...ya ah ketiku tu air tak de...nak amik air pun jauh...hahahaha....terus bangun bip...sampai ah dekat blok perempuan baru dia tersedar yang dia dikenakan...hahahahahhahaha....lawak beb.....tak tahan...dengan nama panggilan lagi macam lipas, org asli, capang, n etc....hahahahahah....sungguh indah peristiwa di SAMER...citer2...akhirnya tertido jugak....


esoknya...lepas je solat subuh..kitorg terus ke pantai...menikmati kenyamanan berada di tepi pantai dengan deruan ombak memukul pantai....huh...kesejukan di pagi hening turut dirasai....sebelum bermandi-manda di pantai...mestilah kena breakfast dulu...nanti lapar lak...nasib baik de kedai buka pagi2 tu....pe lagi roti canai 2 keping dan air panas menjadi pilihan hidangan kitorg...lebih kurang RM 3 lebih lah jugak spent untuk breakfast...



habis je breakfast...kitorg balik dan terus terjun ke laut..hahahah....pagi2 dah mandi...nasib baik x sejuk sangat....bakar buat perangai macam shin chan plak...de je perempuan..pergi rapat and tengok..hahahahaha...bukan tu je...boleh pulak wat kereta api kat laut...childish gler..hahahaha...bila lagi kan....hehehe...hampi 4 jam jugak lak berendam kat situ...sampai berkedut kulit ni....huhuhuhu...


kitorg check out pukul 12 tengah hari...kitorg tak balik lagi...kitorg terus k bandar melaka...saja nak menikmati pemandangan kat situ...mana tak nya...banyak bangunan baru kan....sampai2...hampeh...de je benda berlaku...kad parking expired ah, melaka mall yang begitu sejuk dan ramai orang (lawan dia ah..heheheh)...macam 2 berlaku...bila zohor je...kitorg g masjid solat...



habis je solat...plan nak main bowling...pegi2...penuh plak...ramai gler org time tu and for the 1st time aku tgk de satu bangunan khas untuk bowling je...nama dia micbbowling...nampak cam baru lagi....hurmmm...musnah plan tu...pastu nasib baik ada ekspo 1industri ..(x tau nak sambung) kat MITC...besar jugak ah ekspo dia....pusing2....terus balik...perut pun mula berbunyi tanda lapar...pe g..makan ah...tapi makan kat hentian highway seremban lah....abis makan...helmi penat bawak kete...dia suruh aku bawak untuk pulang ke rumah....huhuhuhuhu...samapi situ je lah percutian kitorg yang simple tapi benuh dgn pengisian..pas ni lak plan nak wat reunion ramai2 kat tempat yang sama and ke genting.harap2 menjadi...the end...




ikhlas daripada hamba yang mencintai ciptaan MU ya Allah......

GERAM!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

3 dis 2009 yg lalu baru sahaja keluar result mbbs....korang tau pe yg aku dapat...dapat E gagal...bagus sangat ah tu kerol...aku berasa hampa tul dgn result ni...aku ah cuba sedaya upaya aku untuk mendapat lulus dalam exam..tapi ia berakhir dgn ni...kenapa aku dapat result macam ni yek....YA Allah adakah engkau sedang menguji aku....cukup perit untuk aku lalui semua ni....rasa macam sia2 saja aku belajar penat2..sebelum.ni...Ya Allah bantulah hamba mu ni...amin....

selepas aku dapat tau yang result aku ni teruk..aku terus melarikan diri balik rumah...dalam hati ni de saja perkara yang dibisikkan untuk membunuh diri ketika membawa motor tu..namun Alhamdulillah...hati ku masih kuat mengingati Mu YA ALLAH....aku sedar bukan aku sorang sahaja yang berasa hampa di dunia ni....

sampai saja kat umah...aku terus bagi tau result aku kat emak...emak terpaku mendengar a
kan kenyataan result aku...aku tau emak aku rasa sedih dgn pencapaian aku ketika ini...ape boleh buat..perkara dah terjadi....aku terus tabah menghadapinya....kemudian aku terus meluahkan hasrat aku mengenai keinginan aku untuk duduk di rumah daripada duk kolej....aku pun berbincang mengenai hasrat tu...dan akhirnya mak aku setuju...tapi abah belum aku beritahu lagi....

apabila sahaja aku beritahu abah...perasaan marah nya makin membuak disamping result aku yg aku teruk...habis aku ditengking dan dimarahinya..aku berasa sedih....tak tau nak cakap g....mengapa ah aku diberi ujian sebegini....menitik air mataku jatuh membasahi bumi...kenapa?????????teresak aku dibuatnya.....mengapa???mengapa aku mempunyai abah yang begini....aku lihat ramai ayah kawan ku baik, mengambil ati tentang perasaan mereka....kenapa aku mandapat ujian ini...tak tahan aku untuk menahan air mata ni...

akhirnya hasrat aku untuk duduk dirumah tidak dipersetujui oleh ayahku....dan esok pagi nya aku kuar balik ke kolej untuk hadiri kuliah pukul 8....tidak ku sangka ujian yg berat hadir sekali lagi kepada diriku...hujan lebat dikala pagi yang sejuk menyukarkan untuk aku menunggang motosikal...sakit mata ku dihujani air hujan....namun ALHAMDULILLAH aku sampai juga ke kolej....aku berasa malu untuk berhadapan dengan kawanku yang telah lulus.....aku malu sungguh ketika itu....aku terpaksa tabahkan hati ni dan berkelakuan seperti biasa....namun hati tetap terluka akan perkara yang telah terjadi...

sedang ati ku terluka...telinga aku terngiang-ngiang akan lagu nasyid rahmat ujian...aku hayati lirik lagu tu....hati ku tiba2 kembali kuat dengan azam yang baru untuk memperbaiki akan kelemahan ni....setiap ujian yang aku hadapi ini...ada hikmahnya.....disamping memperbaiki
diri ini supaya sentiasa hampir kepada Allah....

selepas sahaja solat jumaat...aku terus keluar bagi mengubat perasaan ku yang kadang kala berasa sakit....aku terus ke KLCC untuk melihat PC FAIR seorang diri.....terasa macam org gila berjalan sorang2....pe leh wat aku masih malu untuk keluar dengan kawan2.....setelah pusing2 kat situ...aku terus berhasrat untuk membeli sebuah hp sony ericsson W508i....pusing2 aku cari kat PC fair...namun tak de yang memuaskan hatiku ni..


aku terus ke LOW YAT untuk membeli hp tersebut...setelah puas pusing menca
ri harga yang murah...akhirnya aku jumpa juga dgn tawaran RM495....tapi yang ni AP je ah....kemudian penjual tu lak recommend kat aku yang ori...dgn harga 560 disertai warranty yg lama dan terjamin...lepas tu penjual recommend kat aku yg lain lak sony ericsson J105i @ NAITE dgn harga yg sama....aku pun mengambilnya tapi aku menawar kat penjual tu sampai ah aku dapt beli dgn harga RM 550....

esoknya plak aku pergi lagi PC FAIR untuk membeli kamus BESTA....ni pun sebab aku ni lemah bi...letih mencari satu2 perkataan dalam kamus...BESTA MD 600A menjadi pilihan aku...dgn harga RM 688 beserta dgnyg len....tapi yg malangnya dgn kamus ni...kamus medic x de lak....dia kata coming soon...hurmmm...pe leh wat...g pun dia kata kalau kamus medic tu nanti kuar..kita leh masukkannya kat dalam model yg aku beli ni....melayang duit aku beli benda ni....lepas ni aku nak belajar betul so that i'll become a good doctor....AMIN...

malam sabtu lak...aku kuar ah g umah kawan aku bertanyakan hasrat aku utk beli kete viva...dia tak galakkan aku beli kete coz nanti byk duit habis....g pun aku dah de moto dia cakap...then he recommend to me to invest ur money buying house...what the hell...i'm still a student...
how to pay for that..then he said that don't worry coz u can loan money from bank..then how much i need to pay???..he said about RM500-RM600 a month...wah that's good coz he can help me to do this...actually this investment is good coz the house prize will increase by year than car....so by this decision he will brought me to see the house which have triple story house at gombak.....

kemudian hari ni hari ahad aku ke kenduri kahwin abang kawan aku....tak sangka lak aku jumpa kawan lama aku...huhuhhuhu..tak sangka bertemu disitu....nasib baik ah time tu aku bawak moto..kalau tak mmg tak leh ah aku lepak jap ngan kawan aku coz parents aku nak g kenduri len....huhuhuuuhu...lepas juga rindu kat korg...hurmmm...tak de yg n]berubah pun si bakar, helmi, syazli and syahira...still sama cam zaman budak2 dulu...haahahahahaha.....


syazli

dari kir: syazli, syahiran, and helmi

dari kiri : syahiran, and helmi

dari kiri: helmi and bakar



ikhlas luahan hati seorg hamba yang penuh dengan kemiskinan ilmu
....

kl scene


hmmm...semala 30 nov..hari terakhir utk bulan nov 2009...went to bukit ampang...
melihat pemandangan kl...mantap gler ar...cantikkk..mmg puas berjalan..tapi yg sakit ati nyer...
makanan kat situ mahal gler...tapi selamat ah tak makan coz kedai nak tutup....minum air je ah...
air coke je pun dah 4 ringgit..mak oi...mahal gler........


dari kiri: adli, aku, n edi..

kl yg indah...klcc x nampak lak...dah lepas kul 12...


dari kiri : adli, aben, n redzuan

melihat masa depan...hahaha

smart gler gambar ni...

stylo mylo ah....

aku with roomate..


PATHOLOGY GIT

those who want the softcopy of the pathology GIT...just download it on the link below:




PHYSICAL EXAMINATION

Salam guys...i'm here just want to share about some physical
examination video that i have...by the way the video may include
the scene that shouldn't show..so as a medical student we must
always be a professional...if you want to download the video....just click the link below the video you want....



ABDOMEN

video


ANTERIOR CHEST

video


BREAST

video


EARS

video


EYES

video


HEAD AND FACE

video

LINK :

HEART

video


HEART 2

video


INGUINAL AREA

video


LOWER EXTREMITIES

video


LOWER EXTREMITIES 2

video


MOUTH AND THROAT

video


MUSCULOSKELETAL SYSTEM

video


NECK

video


NECK VESSELS

video


NEUROLOGICAL MUSCULOSKELETAL SYSTEM

video


NEUROLOGICAL SYSTEM

video


NOSE

video


POSTERIOR AND LATERAL CHEST

video


SKIN

video


UPPER EXTREMITIES

video


VITAL SIGNS

video


MALE GENITILIA

video


MALE RECTUM

video


MEASUREMENT

video

 
the ventricle of my life | TNB